Nazmin Jawi binti Budiman Jawi (Mimin) dilahirkan di Hospital Pakar Kuantan, Pahang pada hari Isnin jam 3.55 petang bersamaan 31 Oktober 2005 seberat 3.05kg. Nazmin bermaksud yang tersusun @ sistematik dan Jawi merupakan nama keluarga. Mimin ialah keturunan Jawi yang kelima mengikut susunan iaitu selepas Budiman Jawi bin Shuib, Bakti Jawi bin Shuib, Bokhari Jawi bin Shuib dan Ahmad Bakhtiar Jawi bin Shuib. Nama keluarga Jawi ini diambil bersempena nama tempat : Jejawi di Perlis... kampung kepada Tuan Haji Shuib bin Haji Daud... (datuk Mimin)